Friday, August 5, 2011

Buka Akaun CDS Bursa Saham



Untuk membeli dan menjual saham tak kiralah sekiranya anda mendapat saham tersebut melalui Blue Form, Pink Form, IPO, ESOS dan lain-lain anda perlu membuka akaun saham. Akaun saham ini dinamakan akaun CDS. Berikut adalah cara membukanya ;

Bagi warganegara Malaysia ;

1.   Kita perlukan salinan kad pengenalan
2.   Kita perlukan RM10.00 untuk membuka akaun CDS ( Central Depository System ) dengan MCD ( Malaysian Central Depository Sdn Bhd )(- bertujuan untuk menyimpan saham tersebut.)
3.   Buka akaun trading dengan broker / remisier yang terlibat.
4.   Salinan muka depan buku akaun bank bagi tujuan E Dividen.

Tambahan ;

5.   Anda juga boleh juga membuka akaun untuk menjalankan transaksi melalui internet mahupun bagi pasaran global.


PERKHIDMATAN MEMBUKA AKAUN CDS

Kami ada menyediakan perkhidmatan untuk membuka akaun CDS ini bagi warga Malaysia. Apa yang perlu anda lakukan ialah ;

1. Berikan nama dan alamat penuh berserta dengan nombor telefon untuk dihubungi.

2. Pihak kami akan menghantarkan borang-borang tersebut dengan pos laju.

3. Di dalamnya kami serta cara mengisi borang-borang tersebut.

4. Sertakan 6 salinan kad pengenalan dan 2 salinan muka depan buku bank atau penyata akaun semasa beserta RM20.00. RM10.00 yuran CDS dan RM10.00 lagi kos pos laju pihak kami. 

5. Kembalikan kepada alamat berikut ; 

Faizal Yusup
Kenanga Investment Bank berhad
G Floor, Quattro West
Lorong Persiaran Barat
46200 Petaling Jaya
Selangor.

atau

Anda boleh datang sendiri ke alamat di atas. Bangunan tersebut terletak berdekatan dengan pintu belakang PJ Hilton.

Pihak kami akan membuka akaun CDS itu dengan seberapa segera dan anda akan mendapat surat pengesahan dari Bursa Malaysia selepas itu.

Akaun Trading dan Akaun Trading Online akan diberikan juga secara PERCUMA.

Sekiranya anda perlukan khidmat saya sebagai perunding portfolio pelaburan anda, hubungi saya Faizal Yusup remisier di Kenanga Investment Bank Berhad di talian 012 654 0130. InsyaAllah saya sedia membantu.


7 comments:

gaiden said...

lepas buka akaun CDS, adakah saya boleh terus berniaga???perlukah saya depositkn duit??bagaimanakah cara pengiraan lot??1 lot = 100 share??dan bagaimana pengiraan brokerage fees??

faizal yusup said...

Ya, tuan kena masukkan duit deposit sekiranya tuan ingin membeli saham di Parasan Saham. 1 lot bersamaan dengan 100 unit tetapi untuk memudahkan komunikasi pihak kami masih menggunakan istilah lama iaitu 1 lot membawa maksud 1000 unit. Brokerage fees yang dikenakan ada FY tulis dalam blog ini.

Nurul Huda said...

KALAU ADA AKAUN CDS ... BOLEH BELI SAHAM TERBITAN MITI BUMIPUTRA BILA ADA SYARIKAT NAK WAT IPO. KALAU KITA DAPAT DALAM TERBITAN TERSEBUT ADAKAH BANK BOLEH BAGI PINJAMAN

mysham said...

Salam.

Saya buka akaun CDS masa berurusan dengan syarikat broker A.

Lepas tu saya apply IPO melalui maybank2u.com dan sukses.

Nanti kalau saya nak jual saham tu, kena melalui syarikat broker A atau saya boleh buka trading akaun dengan syarikat broker B dan baru jual.

faizal yusup said...

wsalam... Kalau tuan tuan apply di Maybank2U pakai cds broker A, maka juallah pakai broker A itu. Kalau buka akaun dnegan broker B dan nak jual melalui broker B, kena pergi broker A dan buat share transfer ke broker B sebelum jual.

Aki Sabah said...

salam sejahtera, kalau dari sabah nak buka akaun CDS boleh tak??

U-know Junho said...

kalan nk beli saham, berapa nilai minimum yg boleh kita beli dan bera rm ye agak2?