Monday, October 3, 2011

Cara Memilih Saham Yang Menguntungkan




Kaedah mudah memilih saham Fundamental dan berisiko rendah di Bursa Malaysia.

1) Semak Ratio Price Earning (PE Ratio) @ harga saat ini? Sebaiknya PE kurang dari 10 untuk saham berjajaran kecil dan PE kurang dari 15 untuk saham blue chips yang berjajaran besar.

2) Semak fakta sejarahnya 5 hingga 10 tahun sebelum ini, Adakah keuntungan konsisten atau tidak? Jika tidak tinggalkan saham tersebut. Harus diingat terdapat lebih 1300 kaunter saham yang boleh dibuat pilihan.

3) Semak fakta sejarah dan kaji PE tertinggi dan terendah yang pernah dicapai oleh syarikat tersebut. Jika anda mendapati ia berada pada tahap tertinggi maka jauhilah syarikat tersebut.

4) Bandingkan PE syarikat dalam industri yang sama. Jika PEnya lebih kurang sama maka tinggalkanlah. Cari kaunter yang lain. Sebagai contoh kaunter dalam industri getah. Antara Hartalega 8.2, Topglove 7.56, Kossan 5.73, Supermax 7.37 dan Latexx 8.3. Oleh itu dalam hal ini Kossan adalah kaunter yang lebih selamat untuk dibuat pelaburan.

Ini yang paling penting kemudian untuk pelaburan jangkamasa pendek dan sederhana ;

5) Cuba lihat adakah saham itu mempunyai volum transaksi saham yang tinggi.

6) Cuba lihat adakah Pengarah Syarikat membeli sahamnya sendiri

7) Adakah saham itu ada rumors yang kedengaran?

8) Adakah terdapat Transaksi Urusniaga Terus (Direct Business Transaction) oleh Fund Manager?

9) Adakah saham itu diselidik oleh Broker-Broker Saham dan mereka memberi saranan BELI.

10) Adakah saham itu ada kena mengena dengan Tema pelaburan semasa? Sebagai contoh tema GLC, Air, Getah dan sebagainya.

11) Buat penyelidikan Teknikal melalui carta untuk melihat kedudukan harga yang terbaik untuk masuk mahupun keluar.

Nota :

PE – Price / Earning Ratio
Harga saham dibahagi dengan (EAITDA) Earning After Interest, Tax, Depreciation and Ammortization.

Secara amnya PE Ratio yang rendah itu membawa makna yang kita boleh mendapatkan kembali wang pelaburan kita dalam masa yang lebih singkat dan ia juga menunjukkan yang harga saham itu berada pada tahap yang rendah.

Kita juga boleh mendapatkan PE Ratio ini dari suratkhabar STAR contohnya namun demikian mengiranya sendiri melalui Penyata Kewangan syarikat adalah jauh lebih baik dan tepat.

Selamat Menjadi Pelabur Yang Bijak!

Semoga artikel ini membawa manfaat bagi anda. Saya cuma tahu apa yang saya tahu dan tak tahu apa yang saya belum tahu. Kalau anda lebih tahu harap beritahulah.

Sekian dulu,

Faizal Yusup
Nak tahu lebih lanjut atau mahu memulakan portfolio pelaburan saham anda, hubungi saya. Saya sedia membantu.


PS - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

No comments: