Tuesday, October 4, 2011

Ingin Memulakan Pelaburan Saham




Untuk menjadi pelabur berjaya beberapa prinsip ini perlu diterapkan ke dalam diri para pelabur.

  • Mencari Ilmu Pelaburan
  • Simulasi
  • Kuasai Saham Sebelum Instrumen Kewangan yang lain
  • Bersaing
  • Memantau Pelaburan
  • Devote

MENCARI ILMU PELABURAN

Sebelum memulakan pelaburan saham kita perlu mencari ilmunya sebanyak mungkin. Kita perlu tahu kos yang terlibat, terma dan peraturannya, mencari maklumat syarikat yang ingin dilaburkan, melakukan analisa Fundamental, Financial dan Technical. Bertanya kepada mereka yang berjaya dalam industri ini dan sebagainya.

Dewasa ini banyak blog dan website malah youtube juga memberikan tutorial-tutorial yang baik untuk dijadikan asas ilmu pelaburan untuk diterapkan ke dalam diri.

Dalam industri ini pengetahuan dan maklumat awal atau primary sangat penting kerana ia boleh membantu kita dalam menghasilkan keuntungan. Contohnya maklumat pengambil alihan syarikat dan sebagainya lebih dahulu diketahui oleh orang dalam syarikat dan kemudiannya maklumat tersebut sampai kepada mereka dalam Corporate Finance yang bakal melaksanakan tugas tersebut sebelum sampai kepada pihak Bursa dan umum seterusnya. Bila maklumat itu telah menjadi maklumat umum maka pastinya pihak yang mendapat maklumat ini terlebih awal membuat keuntungan. Biarpun ia salah di sisi undang-undang (insider trading) namun inilah yang berlaku di negara ini.  

SIMULASI

Baiklah setelah mendapat ilmunya yang asas maka kita perlu mencari jalan melakukan simulasi pasaran. Beli saham secara olok-olok dan lihat samaada ia menguntungkan atau tidak. Kalau pelburan kita itu merugikan maka kita cari apa silapnya dan kenapa kita silap membuat percaturan. Mungkin kita salam memilih saham, salah industri, salah timing dan sebaginya. Kalau kita sudah berjaya melepasi fasa ini maka kita sudah bersedia untuk memulakan pelaburan.

KUASAI SAHAM SEBELUM YANG LAIN

Sebagai beginner maka FY sarankan anda melabur saham terlebih dahulu sebelum melabur dalam instrumen yang lebih canggih dan sophisticated seperti comodity, forex, futures dan sebagainya. Walaupun ia boleh membawa kepada keutungan yang banyak namun pada masa yang sama ia juga boleh membawa kepada kerugian yang banyak. Ini kerana risikonya jauh lebih tinggi.

Dalam hal ini pelaburan saham adalah merupakan landasan asas yang terbaik untuk mempelajari tentang pelaburan.
  
BERSAING

Dalam industri ini kita perlu ada prinsip bersaing, kita perlu cepat membuat keputusan dan dalam masa yang sama membuat keputusan yang berhemah baik dalam mencari keuntungan atau mengurangkan risiko keuntungan.

Kita perlu bersaing untuk mendapatkan maklumat, untuk melabur dalam saham yang undervalue, untuk mendapatkan saham IPO dan sebagainya.

MEMANTAU PELABURAN

Kemudian salah satu kesilapan para pelabur ialah setelah membeli saham mereka membiarkan sahaja. Pelaburan bukan umpama ubi yang ditanam lantas dibiarkan sahaja. Saham perlu dipantau kerana banyak yang boleh berlaku kepada saham yang kita beli itu. Kalau syarikatnya mula mengalami kerugian maka lebih baik kita tukarkan saham itu kepada saham lain yang lebih baik.

DEVOTE

Dalam hal ini mereka yang berjaya adalah mereka yang makan saham, minum saham dan main saham. Mereka selalu intact dengan keadaan semasa dan sebarang perubahan dalam industri pasti mereka akan tahu.

Jadi inilah serba sedikit tip pelaburan asas yang boleh FY sampaikan buat kali ini. Semoga ia bakal membawa manfaat kepada pelabur yang baru diluar sana.

Sekian dulu.

No comments: