Saturday, October 1, 2011

Keadaan Ekonomi Serantau


Ekonomi Malaysia lebih baik dari ekonomi Filipina dan beberapa negara Asean yang lain tetapi Malaysia kalah dengan Singapura kerana satu sebab yang ketara. Peniaga Singapura tahu bagaimana untuk memasarkan produk dan mereka berjaya memasarkan produk Malaysia seperti Orkid, buah-buahan dan ikan ke Eropah dan Amerika Syarikat.

Walaubagaimanapun dewasa ini keadaan telahpun berubah kerana dalam kebanyakan sistem ekonomi cara yang terbaik ialah dengan memasarkan produk kepada pelanggan terus dari kilang. Oleh yang demikian sistem orang tengah lama kelamaan telah ditolak ketepi. Inilah salah satu sebab kenapa ekonomi Singapura mengalami kelembapan kebelakangan ini. Bagi mengatasi keadaan ini Kerajaan Singapura telah mengambil keputusan untuk menjadikan Singapura "Las Vegas of the East" dengan membuka kasino dan menghalalkan semua bentuk aktiviti tidak bermoral asal ia dapat meningkatkan pendapatan negara.

Ekonomi Malaysia pula berteraskan perniagaan yang dipelopori olah bangsa Cina setelah pemergian British dari Tanah Melayu pada di tahun 40 an. Selama itu juga mereka yang mempunyai sifat rajin berniaga itu telah semakin lama semakin menguasai hampir seluruh sektor perniagaan yang ada di Malaysia ini. Pada masa yang sama dana modal mereka juga semakin membesar.

Dewasa ini, sesetengah sektor dalam ekonomi Malaysia mengalami penurunan kerana beberapa sebab. Sektor Pembinaan mengalami penurunan kerana oversupply yang terjadi semenjak pemerintahan Mahathir dahulu. Walaupun inilah sektor yang paling penting kerana spin offnya yang besar tetapi sekarang tidak ada lagi pembinaan yang dijalankan di dalam negara. Apa yang ada hanyalah kerja-kerja pengendalian. Keadaan ini menyebabkan ramai kontraktor bumiputera mahupun bukan mempunyai masalah kewangan yang ketara.

Sektor Hartanah juga mengalami masalah yang sama kerana kemajuan pesat yang dicapai menyebabkan ia telah memasuki kawasan perladangan dan secara langsung menyebabkan syarikat perladangan tersebut menjalankan kerja-kerja memajukan hartanah memandangkan mereka mempunyai longgokan modal dan pada masa yang sama kos untuk memajukan hartanah itu tadi begitu murah kerana kos hakmilik tanah mereka yang sangat murah.

Sektor Perkilangan pula mengalami masalah yang sedikit berbeza, Ini kerana dewasa ini mereka tak lagi dapat lagi mengenakan harga barangan yang tinggi kerana persaingan yang sengit dalam sektor ini. Barang perkilangan semakin hari semakin turun harganya dan ini menyebabkan syarikat yang tak dapat bersaing akhirnya gulung tikar.

Sektor yang lain pula mengalami permasalahan kerana kenaikan harga minyak di pasaran dunia dan ini menyebabkan kos operasi mereka meningkat seterusnya mengurangkan keuntungan syarikat.

Walaubagaimanapun masih ada lagi sektor dalam Malaysia yang masih lagi mempunyai ruang untuk meningkat umpamanya sektor pertanian, pendidikan dan sektor pelancongan.

Bursa saham Korea kalau dibandingkan dengan Malaysia berada pada paras 1300 mata berbanding 900 mata di Malaysia. Ini disebabkan pelabur Malaysia sendiri tidak yakin untuk melabur dalam pasaran saham di sini. M2 dalam sistem kewangan Malaysia pada ketika ini berada pada paras RM800 Billion yang mana ia tersimpan di dalam institusi kewangan. Ini menyebabkan kadar faedah menjadi amat rendah. Terlalu banyak duit sedangkan aktiviti ekonomi sangat terhad buat masa ini. Ketidakyakinan ini juga disebabkan corporate govenance yang lemah sebagai contoh dengan penyenaraian kaunter Mesdaq yang mengelirukan.

Bursa saham negara ini juga kurang diambil perhatian oleh pelabur asing kalau dibandingkan dengan negara Korea. Antara sebabnya ialah :

Orang Korea berani membesarkan syarikat dengan bergabung.
Hyundai sebagai contoh membeli syarikat-syarikat dan berjual beli antara syarikat-syarikat within the group untuk menjalankan perniagaan. Inilah yang dilakukan oleh KFC yang mempunyai barangan mentah keluaran sendiri.
Syarikat Korea juga lebih terkenal dari syarikat Malaysia kerana mentaliti mereka yang global menyebabkan mereka keluar dan bersaing di peringkat global untuk menjalankan perniagaan sebagai contoh Syangyong, Daewoo, Samsung, LG, Hyundai dan Kia. Samsung sebagai contoh dana modalnya telah mencecah USD100 Bilion dengan memegang 46% market share dalam industri elektronik.
Mereka taksub kepada barangan buatan sendiri. Mungkin juga penerapan ini telah diterapkan semenjak kecil di bangku sekolah.
Harga barangan sendiri walaupun mahal kalau dibandingkan dengan barangan luar akan tetap dibeli.
Mereka tak mahu mengisi minyak kereta buatan asing di negara mereka.
Benchmark atau prinsip pegangan mereka ialah mereka mahu mengalahkan Jepun.
Benchmark ini amat penting kerana ia merupakan motif kenapa manusia bergerak dan melakukan sesuatu pekerjaan itu. Benchmark Jepun ialah kesedaran setelah di bom atom di Hiroshima dan Nagasaki.
Mereka mempunyai satu bangsa satu bahasa dan satu matlamat.

Ini dibandingkan pula dengan negeri kita yang :
Perniagaannya dipegang oleh kaum Cina dan mereka mempunyai sifat kongsi kekeluargaan dan dengan itu mereka tak mahu bergabung kerana mahu mempertahankan ekonomi keluarga mereka.
Mereka bangga dan mencuba sedaya upaya untuk memelihara serta menaikkan nama keluarga.
Kebanyakan mereka tidak mahu keluar dari Malaysia untuk meluaskan perniagaan.
Hanya segelintir syarikat Malaysia yang mahu berbuat demikian sebagai contoh Air Asia, MISC Maybank, Tanjung, Topglove, Transmile, MISC, Resorts, Tanjung dan beberapa yang lain yang mana diertikan dengan harga saham mereka yang tinggi.
Malaysia mempunyai pelbagai bangsa pelbagai bahasa dan pelbagai matlamat.

Inilah antara masalah yang terdapat dalam ekonomi Malaysia.

No comments: