Wednesday, August 8, 2012

IPO MITI ASTRO MALAYSIA HOLDINGS BERHAD TELAH KELUAR


IPO MITI ASTRO MALAYSIA HOLDINGS BERHAD TELAH KELUAR

Sebanyak 597,690,000 unit Saham Peruntukan Khas Bumiputera ditawarkan.
Harga Par - RM 0.10 seunit
Astro memberi perkhidmatan televisyen dan radio, penciptaan, pengumpulan dan pengedaran kandungan, penerbitan dan pengedaran majalah dan perkhidmatan multimedia interaktif dan akan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia

Bank Penasihat ;
i.                           CIMB Investment Bank Berhad
ii.                          Maybank Investment Bank Berhad
iii. RHB Investment Bank Berhad

Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 15 Ogos 2012 (Rabu)

Harga indikatif dan status syariahnya setakat ini masih belum diketahui lagi.

Kepada mereka yang ingin melanggan mereka bolehlah berbuat demikian atau hubungi FY sekiranya anda inginkan perkhidmatan FY dalam membuat permohonan tersebut.

FY bagi pihak Persatuan Remisier Bumiputera hanya mengenakan caj 1 sen sesaham bagi membantu anda memohon saham ini. Caj ini hanya perlu dibayar tatkala anda mendapat tawaran kelak.

Di sini FY menyediakan perkhidmatan untuk permohonan IPO MITI ini.

Perkhidmatan ini merangkumi ;

  1. Permohonan online secara terus di MITI serta mendapatkan salinan borang untuk di hantar ke MITI.
  2. Perkhidmatan membuka akaun CDS. Ini kerana anda WAJIB mempunyai akaun CDS untuk membuat permohonan.
(Anda perlu membawa IC dan buku atau penyata bank bagi membuka akaun CDS.)

Untuk permohonan ke MITI, apa yang perlu anda lakukan ialah menyiapkan ;
  • Salinan kad pengenalan.
  • Salinan penyata bank selama 3 bulan yang disahkan oleh pegawai bank atau, dan
  • Salinan muka surat depan dan 3 mukasurat terakhir buku ASB, ASW yang disahkan pegawai ASB, ASW dll atau serta
  • Salinan muka surat depan dan 3 mukasurat terakhir buku Tabung Haji atau lain-lain penyata kewangan yang disahkan.

Andainya semua duit anda berada dalam ASB maka salinan ASB yang disahkan itu sudah memadai.

Setelah semua lampiran itu siap, FY akan menghantarnya ke MITI nanti sebelum tarikh tutupnya.

Semua ini akan mengambil masa lebih kurang satu jam.

Kepada mereka yang berminat untuk memulakan pelaburan dalam IPO MITI ini maka jemputlah datang ke pejabat FY di ;

Kenanga Investment Bank berhad
G Floor, Quattro West
Lorong Persiaran Barat
46200 Petaling Jaya
Selangor.

Bangunan tersebut terletak berdekatan dengan pintu belakang PJ Hilton berdekatan dengan Hotel Singgahsana.

Hubungi FY terlebih dahulu sebelum datang ok.

Sekian harap maklum.

FY

012 654 0130
Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera
AJK Biro Penerangan
greng70@yahoo.com


PS – FY akan menjalankan SEMINAR SEHARI SUPER INVESTOR yang penuh dengan pengisian pelaburan termasuklah pengisian mengenai IPO MITI ini. Ia akan dijalankan pada 15 hb September nanti. Kepada yang berminat layari laman web berikut –



2 comments:

faizal yusup said...

Harga indikatif Astro RM3.60..

Unknown said...

yang bukan bumiputera boleh mohon tak?