Wednesday, August 29, 2012

Kriteria Syariah atau Bukan Syariah di Bursa Malaysia


Syariah atau Non Syariah?

Syarikat tersenarai di Bursa Malaysia diklasifikasikan sebagai sekuriti yang tidak patuh Syariah sekiranya syarikat tersebut menjalankan aktiviti teras yang tidak selaras dengan Syariah sepertimana kriteria  yang berikut :

(a) Perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba (faedah);
(b) Perjudian dan pertaruhan;
(c) Pengeluaran atau penjualan barangan yang tidak halal atau barangan yang berkaitan;
(d) Insurans konvensional;
(e) Aktiviti hiburan yang tidak selaras dengan Syariah;
(f) Pengeluaran atau penjualan barangan yang berasaskan tembakau atau barangan yang berkaitan
(g) Pembrokeran atau jual beli sekuriti tidak patuh Syariah; dan
(h) Aktiviti lain yang didapati tidak selaras dengan Syariah

No comments: