Monday, July 30, 2012

Gabungan AQRS disenaraikan


Salam Ramadhan…

Bulan Ramadhan kembali lagi, bulan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan. Semoga kita dapat mengisinya setiap detik dalam bulan ini dengan amal ibadah dengan penuh keikhlasan kepada Allah Taala.

Maaf, agak lama FY tak update blog disebabkan keadaan yang tak mengizinkan untuk berbuat demikian.

Apapun kali ini cuma nak bagi tahu yang Gabungan AQRS disenaraikan hari ni dengan diskaun iaitu pada harga yang lebih rendah dari harga IPO yang ditawarkan. Oleh itu, berhati-hatilah bukan semua IPO membawa kepada keuntungan. Kita kena buat analisa sebelum membuat keputusan pelaburan.

Itu jer.  Selamat beribadat yer kepada yang berugama Islam.

Sekian dulu.

FY

Sunday, July 22, 2012

IHH Target Price


IHH Target Price

Salam Ramadhan. Harapan dan doa FY semoga ibadah dalam bulan Ramadhan kali ini jauh lebih baik dari yang sebelumnya. InsyaAllah.

Apapun, IHH akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada hari Rabu 25 Julai ini dan berikut  adalah harga sasaran atau fair valuenya mengikut analisa broker ;

ECM Libra                              - 2.94
Maybank Investment Bank       - 2.95
Public Investment Bank           - 2.98
JF Apex Securities                   - 3.00
TA Securities                          - 3.33
Hong Leong                            - 3.49

Sekian dulu. Selamat berpuasa!

FY

Monday, July 9, 2012

Last Call Seminar Super Duper Investor

LAST CALL!!!

Jangan ketinggalan untuk mengetahui rahsia menjana keuntungan di Pasaran Saham...

Layari ;


When opportunity knocks, don't knock the opportunity away!

Tuesday, July 3, 2012

Terkini Saham FGV

Nota kecil -

Saranan FY - Kalau ada saham Felda Global Ventures masih dalam tangan, jual pada hari Khamis atau Jumaat lepas tu boleh beli balik pada harga yang lebih murah selepas itu. InsyaAllah...

FY


PS - Kepada pelanggan FY dan bukan pelanggan FY yang pembaca setia blog ini yang dah untung saham Gas Malaysia dan FGV ni datanglah seminar FY yer. Tanda sokongan pada usaha FY dalam blog ini. Nanti kalau FY merajuk tak nak tulis blog lagi macamana? Hehe...

Daftar kat sini ;


Terima kasih. FY menghargainya!

Monday, July 2, 2012

IPO AWAM IHH HEALTHCARE BERHAD SUDAH DIBUKA UNTUK PERMOHONAN


Jadual Waktu bagi IPO AWAM IHH HEALTHCARE BERHAD

Bank Penasihat: CIMB PELABURAN BANK BERHAD
Nama Syarikat: IHH HEALTHCARE BERHAD
Nama saham: IHH
Harga Tawaran : RM2.85
Tarikh diumumkan: 2 Julai 2012

Butiran Pengumuman :
Tarikh Permohonan Dibuka : 3 Julai 2012

Tarikh Tutup permohonan: 11 Julai 2012

Tarikh Pengundian: 13 Julai 2012

Peruntukan saham IPO kepada pemohon yang berjaya: 23 Julai 2012

Tarikh Tentatif Penyenaraian : 25 Julai 2012


FY rekomen saham ini.

PS – SEMINAR SUPER INVESTOR bersama FY akan dijalankan pada hari Sabtu 14 hb Julai 2012 di Bangunan Getah Asli, Kuala Lumpur dan SEMINAR SUPERTECH INVESTOR (Analisa Teknikal) bersama Sifu Shamsul Bahri MSTA akan diadakan pada hari Ahad 15 Julai 2012. Kepada yang berminat layari laman web berikut –

www.seminarsaham.com.my

Seminar yang bakal membongkar rahsia menjana keuntungan 
di Pasaran Saham!!!