Tuesday, March 19, 2013

Perbezaan antara Pink Form, IPO Awam, IPO MITI dan Private Placment

Assalamualaikum...



Ramai juga yang bertanya kepada FY mengenai perbezaan antara Public IPO, IPO MITI, Private Placement dan sebagainya. Jadi di sini dalam artikel ini FY akan terangkan dengan cara yang ringkas dengan harapan ia membawa kefahaman kepada semua.



Seperti yang pernah FY terangkan Syarikat Sendirian Berhad yang ingin menyenaraikan saham syarikat mereka di Bursa Malaysia akan memperuntukan saham terbitan awam atau lebih dikenali sebagai IPO kepada 4 pihak selalunya iaitu dalam bentuk ;



1.   Pink Form

2.   Private Placement

3.   Peruntukan Saham Khas Bumiputera di MITI

4.   IPO Awam



PINK FORM



Pink Form diperuntukkan hanya kepada Pengarah, kakitangan dan mereka-mereka yang terlibat secara langsung dalam membangunkan syarikat tersebut.



Prosedur permohonannya ;



·         Buka Akaun CDS

·         Isi borang peruntukan bewarna pink

·         Sertakan salinan Kad Pengenalan

·         Sediakan pembiayaan baik sendiri mahupun dengan pinjaman bank.

·         Hantarkan kepada Registrar Syarikat

·         Saham akan dimasukkan ke dalam akaun CDS anda kelak.



Bagi yang membiaya sendiri maka anda boleh membuka akaun CDS dengan FY di Kenanga investment Bank malah sekiranya anda inginkan pembiayaan pihak kami juga ada menyediakannya.



Dalam hal ini jumlah saham yang diperuntukkan bergantung kepada jawatan dan tempoh perkhidmatan seseorang kakitangan itu.



PRIVATE PLACEMENT





Selalunya ia ditawarkan secara blok RM250,000 atau blok sejuta unit saham kepada Institusi atau High Networth Clients. Ini dijalankan sebelum prospektus syarikat tersebut diterbitkan kepada umum.



Kepada High Networth Clients yang berminat untuk mendapatkan saham-saham IPO dalam bentuk blok begini juga boleh menghubungi FY dan FY akan cuba carikan buat anda dan jangan lupa buka akaun CDS dengan FY.



Prosedur permohonannya ;



·         Buka akaun CDS

·         Dapatkan surat tawaran daripada Bank Penasihat

·         Isi borang biodata

·         Sertakan bersama salinan Kad Pengenalan yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah

·         Buat pembayaran baik melalui TT mahupun bank draft.

·         Saham akan dimasukkan ke dalam akaun CDS anda kelak.





Dalam peruntukan saham cara Private Placement ini selalunya ada caj-caj yang tertentu yang bakal dikenakan oleh broker saham tersebut.



Sekiranya anda ingin membeli saham IPO ini dalam jumlah yang sedikit maka FY sarankan anda memohonnya melalui peruntukan saham IPO awam ataupun di MITI.



IPO DI MITI



Peruntukan saham IPO ini hanya dikhaskan kepada Bumiputera untuk memenuhi kuota Bumiputera dalam satu-satu penyenaraian sekiranya perlu. Proses pemilihan dijalankan secara pemilihan oleh panel pemilihan di MITI. Jadi dokumen mesti lengkap. Pelabur boleh memohon saham minima sebanyak 1000 units.



Prosedur permohonannya ;


Satu ketika dahulu ia dijalankan secara online namun dewasa ini atas sebab website tersebut sedang diselenggarakan maka ia perlu dilakukan secara manual. Begini prosedurnya ;



·         Buka akaun CDS

·         Tulis surat cover letter

·         Isikan borang permohonan MITI

·         Sertakan salinan Kad Pengenalan

·         Sertakan salinan akaun CDS

·         Lampirkan bukti kewangan

·         Hantarkan semua ini kepada Pihak MITI.

·         Tunggu keputusan

·         Surat tawaran peruntukan saham dikeluarkan

·         Kepada yang berjaya buat pembayaran kepada pihak bank penasihat

·         Saham akan dimasukkan ke dalam akaun CDS anda kelak.



Hubungi FY di emel greng70@yahoo.com bagi mendapatkan contoh dokumen bagi permohonan di MITI. Sebelum itu bukalah akaun CDS dengan FY terlebih dahulu.



IPO AWAM



Pabila prospektus syarikat yang akan disenaraikan itu keluar maka ia boleh dipohon oleh pelabur awam baik individu mahupun syarikat. Proses pemilihan dijalankan melalui undian. Pelabur boleh memohon saham minima sebanyak 100 units sahaja.



Prosedur permohonannya ada 3 cara ;



1.   Permohonan melalui borang peruntukan saham bewarna putih

2.   Melalui ATM

3.   Melalui Internet Banking.



Akaun CDS perlu disediakan terlebih dahulu. Hubungi FY untuk membuka akaun CDS tersebut.



Dalam hal ini FY sarankan pelabur memohon melalui permohonan secara online kerana ia lebih baik.



FY harap penerangan ringkas ini memberikan kefahaman mengenai perbezaan permohonan IPO ini.



Sekian. FY mengundur diri buat kali ini.



FY





PS - Seminar Saham Super Investor bersama FY akan diadakan pada hari Sabtu 27 April 2013 di Bangunan Getah Asli dimana semua ini akan diterangkan dengan lebih mendalam disamping pelbagai lagi rahsia pelaburan saham yang bakal diungkaikan. Untuk keterangan lanjut layari www.seminarsaham.com.my  




NOTIS MESYUARAT AGUNG KE 18 PERSATUAN REMISIER BUMIPUTERA MALAYSIA

Kepada Ahli-Ahli Persatuan Remisier Bumiputera yang dihormati sekalian,

NOTIS MESYUARAT AGUNG KE-18
PERSATUAN REMISIER BUMIPUTERA MALAYSIA
(PRIBUMI)

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia ke -18 akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 30 Mac 2012 (Sabtu)
Masa : 2 petang 4 petang
Tempat : Hotel Flamingo,
No 5 Tasik Ampang, Jalan Hulu Klang,
68000 Ampang.
Tel: 03-42563288

AGENDA

2.00 Pendaftaran Ahli
2.30 Bacaan Doa
1) Ucapan Aluan oleh Pengerusi/Presiden
2) Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke-17
3) Pembentangan Laporan Tahun 2012
4) Pembentangan Penyata Kira-Kira Tahun Berakhir 2012
5) Membahaskan Usul-Usul yang telah diterima
6) Hal-hal lain
7) Ucapan Penangguhan
8) Jamuan Ringan

Semua usul-usul ahli yang hendak dibentangkan semasa Mesyuarat Agung ini hendaklah sampai
kepada pegawai persatuan melalui email/faks/pos kepada alamat seperti tertera di bawah
sebelum 29 Mac 2013.

ALAMAT: PERSATUAN REMISIER BUMIPUTERA MALAYSIA
D/A RHB INVESTMENT BANK BERHAD
BILIK 26, TINGKAT 5, TOWER SATU,
RHB CENTRE, JALAN TUN RAZAK
50400 KUALA LUMPUR
TELEFON : 03-9281-5195 FAKS : 03-9281-5087
EMEL: pribumi95@gmail.com

Sekian, Harap Maklum.

Faizal Yusup
Naib Presiden
b/p Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia

PERTANDINGAN BOWLING TAHUNAN PRIBUMI 2013



JEMPUTAN KE PERTANDINGAN BOWLING TAHUNAN PERSATUAN REMISIER BUMIPUTRA MALAYSIA (PRIBUMI)

TARIKH: 30 MAC 2013 (SABTU) 4:30 HINGGA 6:30 PETANG ( Selepas AGM)

TEMPAT: AMPANG SUPERBOWL, HOTEL FLAMINGO, AMPANG

Assalamualaikum ahli-ahli PRIBUMI yang dikasihi sekalian,

Sukacita dimaklumkan PRIBUMI akan mengadakan pertandingan bowling tahunan seperti di atas.

Penyertaan terbuka kepada ahli-ahli Persatuan dan anda boleh menjemput ahli keluarga dan sahabat untuk turut serta dalam pertandingan ini. Penyertaan terhad kepada 10 pasukan, setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 4 orang pemain sahaja ( boleh campur) dan berdasarkan pembayaran yuran pendaftaran ' first come first serve basis'. Dengan syarat-syarat berikut:-




PASUKAN
4 orang pemain (boleh campur-campur). Harap dapat beri nama pada pasukan anda.
CARA PENDAFTARAN
Sila daftar  nama penuh, syarikat broker serta no telefon anda dan nama pasukan anda kepada.

Telefon /SMS; atau
PN AIMI YAHAYA 012-9688318

Telefon; atau
CIK NURFADHILA di 03-92815195

Faks; atau
03-92815087

Emel
YURAN PENDAFTARAN
RM15 seorang
Ahli atau isteri/suami/anak kepada ahli

RM20 seorang
Bukan ahli
BAYARAN KEPADA
PERSATUAN REMISIER BUMIPUTRA MALAYSIA
NO AKAUN RHB ISLAMIC BANK
264124-00008815
CARA PEMBAYARAN
Tunai/cek/online
Sila email atau faks kepada slip pembayaran kepada kami
PENGESAHAN
Pengesahan penyertaan anda hanya sah setelah bayaran dibuat

Jika anda ingin membuat booking untuk satu pasukan, tetapi belum tahu team members anda, sila nyatakan dan buat bayaran untuk 4 orang untuk menempah tempat.

Hadiah-hadiah menarik disediakan. Jamuan ringan turut disediakan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn Aimi atau Nurfadhila. 

Jangan lepaskan peluang, daftarlah sekarang !

Minda Cerdas, Fizikal Cergas, Kerja Pantas.

Sekian, terima kasih.

FY
Naib Presiden PRIBUMI.