Monday, October 3, 2011

BAGAIMANA INGIN MEMOHON SAHAM TERBITAN AWAM BARU (IPO)

KAEDAH PERTAMA

·         Dapatkan borang allotment dari bank dan broker saham.
·         Isi borang tersebut
·         Sertakan salinan kad pengenalan dan bank draft berdasarkan jumlah saham yang dipohon.
·         Setelah siap masukkan dalam envelope yang disertakan kemudian hantarkan ke Issuing House baik MIDF mahupun MIH.

MIDF letaknya di Jalan Raja Chulan dan MIH pula letaknya di Petaling Jaya.

KAEDAH KEDUA

Cara kedua ialah dengan menggunakan ESA ( Electronic Share Application ). Ia terdapat di ATM Maybank / CIMB / Ambank. Caj perkhidmatan ESA adalah RM2.50.

Langkah 1 : Bagi atm Maybank, tekan butang menu 'lain-lain urusniaga'


Langkah 2 : Tekan butang 'bayaran'


Langkah 3 : Tekan butang 'permohonan saham' 


Langkah 4 : Tekan butang 'saham elektronik' – Electronic Share Application ( sebelah kanan)




Langkah 5 : Ikut arahan selanjutnya. ( No akaun CDS diperlukan)

KAEDAH KETIGA

Anda juga boleh memohon saham IPO ini secara online iaitu melalui perbankan internet seperti Maybank2u, CIMBClicks atau RHBbank. Pastikan anda mempunyai nombor akaun CDS dan sediakan nombor tag sebelum sesuatu transaksi itu ingin dilakukan. Anda boleh mendaftarkan nombor telefon anda di mesin ATM terbabit agar memudahkan anda untuk mendapatkan nombor tag.

* * UNTUK MEMBUKA AKAUN CDS SILA LAYARI LINK INI ;

No comments: